Sunday, October 4, 2009

Sejadah Berdiri Sendiri

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba 'berdiri' dengan sendiri malam tadi (1 Okt).
Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.
Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lepas.


Katanya beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.
Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah 'berdiri' berkenaan.

sumber:mstar online,bernama,the star.

Tadi saje je aku baca "paper" online,pastu terbaca plak kisah sejadah ni.Kisah macam ni memang pernah berlaku sebelum ni.Ini menunjukkan kebesaran kuasa Allah S.W.T.Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik kejadian ini.

Mungkin juga ini satu peringatan kepada kita semua agar sentiasa mengingati kepada-Nya.


Nuffnang Ads